Tengku Permaisuri Norashikin

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman (lahir 4 Jun 1971) merupakan Tengku Permaisuri kepada negeri Selangor Darul Ehsan dan permaisuri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita kepada Radio Televisyen Malaysia.